This LIFE is semi-retired.
Hi! I'm updating this space to tell you guys that this second, seemingly, kinda, sort of unsuccessful attempt at deeply documenting my thoughts I call a blog will now be semi-retired. Facebook status updates and tweeting are a lot easier these days to blab about things like my views on life, society, and current events. Blogging, however, takes a little bit of thought. Heck, even THIS pinned post takes a while to be typed too.
Showing posts with label 9Belas Zine. Show all posts
Showing posts with label 9Belas Zine. Show all posts
20111023
Bercakap dengan orang itu seronok.
Hai.
Sejak aku tak lagi bergelar sebagai seorang pelajar buat sementara waktu ni, dan semenjak aku berpijak dekat rumah ayahanda tercinta di Putrajaya ni, aku rasa keseorangan. Betul. Sangat keseorangan. Mana taknya, bilik aku ni betul-betul serupa kotak; in fact, kotak pun ada banyak dalam bilik aku ni! Bapak aku jenis manusia yang hanya layan aku bila ada motif yang kukuh. Manusia lagi sorang tu pulak, bercakap memang tak mahu. Satu-satunya masa aku akan dengar dia bercakap ialah masa aku buat silap. Hari tu, aku dah seronok dah dengar kakak aku balik KL sat sebab nak lepak dengan kawan dia yang jugak merupakan kawan aku. Tapi, atas dasar menghormati wallet aku yang nekad nak berpuasa dan ditambah pulak dengan keberatan bontot yang melebihi berat badan orang yang obesiti, terpaksalah aku hormat dia. Dia kan geng aku, dia pun penat. Aku faham.
Ada PS2 dekat sebelah tilam pun, tak ada semangat istiqamah pulak aku dalam nak menghabiskan salah satu game yang aku asyik ulang balik dari mula walaupun tak pernah habis main. Lepas tu, bila aku menghadap Facebook pulak, biarpun aku ada jugak sekali-sekala borak dengan kakak aku dan kawan-kawan aku yang masing-masing bongok belaka, aku susah nak rasa happy sebab masing-masing nampaknya dah jumpa sesuatu untuk diisi semasa waktu yang sepatutnya digunakan untuk tidur dalam masa cuti yang agak panjang ni. Masing-masing ada hal masing-masing dan melayan diri masing-masing. Aku keluar hampir setiap hari ke Alamanda pun, biarpun ditemani hiruk-pikuk manusia dan bunyi-bunyian playlist MP3 aku yang aku occasionally update, ditambah lagi dengan keindahan makanan yang pelbagai rupa, aroma, rasa, dan harga, aku masih rasa keseorangan. Aku mula rindu nak cakap dengan manusia secara terus.
Jadi, aku betul-betul seronok bila aku dengar ada event macam Malam Seni CASA minggu lepas wujud, sebab bolehlah aku borak balik dengan orang-orang yang aku rasa boleh bagi hati aku tersenyum; yalah, geng dah ada. Mana taknya, aku rindu dengar repekan dan cerita-cerita si otak-otak gila bongok, kasar, lucah dan berwarna-warni orang macam depe ni semua yang pernah bersama dengan aku. Selain depe ni, bercakap dengan orang random; total stranger yang like-minded jugak sangat seronok. Ada jugak orang macam ni hari tu. :)
![]() |
| Muka-muka aku, monyet 9Belas dan seorang guest star yang aku cakap tu. Ada lagi sebenarnya orang best, tapi ni je yang tertangkap. Kredit gambar: fairuz PHOTOGRAPHY |
Sekarang, adik aku pulak bertandang dekat rumah Putrajaya ni buat sementara waktu. Lepas exam dia habis, aku akan ada roommate semula.
Ahh, seronoknya bercakap dengan manusia depan mata; barulah rasa otak tu dapat berkembang pesat. :3
P/S: Aku rasa entri hanya akan wujud dalam blog aku yang agak bersawang ni bila aku dapat berjumpa dengan manusia yang nak berinteraksi dengan aku secara sedar atau tak sedar.
20111001
Anak 9Belas Zine yang baru: 'NOKSS #0'!
Wah. Lama gila tak usik blog weh! Nak buat macam mana; hati tak mahu ke sini semenjak dua menjak ni. Hmm... mungkin akan ada pos baru yang proper kot sat lagi atau bila-bila. Ni ada promosi terbaru nak habaq kat hang pa semua ni!
9Belas Zine; penerbit indie terulung (dan dan terulung :P) ada produk sampingan baru yang fungsinya menemani zine NOKSS kami yang fizikal tu. Sekarang, say hi to NOKSS#0; spin-off kepada NOKSS!
Blog NOKSS#0 sebenarnya hampir sama macam NOKSS fizikal tu, tapi NOKSS fizikal tu mana boleh tiba-tiba update, kan? Pasal tulah wujudnya NOKSS#0 ni; kot-kot penulis-penulis ni taknak idea tak gempak depe masuk NOKSS isu 3 yang masih dalam perancangan (ececeh... sempat lagi tu!), depe leh campak dalam ni. Blog ni jugak terbina untuk jenis pembaca/peminat yang tak boleh sabar (kehkeh :P). Hmm... aku rasa buat apa nak terangkan panjang-panjang. Senang cerita, korang pergi tekan link gabak ni...
...lepas tu tekan tab 'About' untuk tau lebih lanjut pasal apa kejadahnya 'NOKSS#0' ni.
Sekian sahaja laporan dari aku pasal NOKSS punya latest update. Eh, jangan lupa untuk terus ikuti perkembangan terkini kami kat Facebook dan Twitter, ye? Selamat menjenguk! :)
P/S: Setakat entri ni ditulis, 5 karya dah pun dinukilkan! Oh yeah!
20110707
9Belas Zine on Twitter say WHUT?!
Ya. Korang tak salah baca. Korang tau kan pasal zine yang bebudak kelas gua berhempas pulas buat tu, kan? Kalau tak ingat, meh imbas kembali:
- Promo oleh Aimi Rosli 1
- Promo oleh Aimi Rosli 2
- Promo oleh Liyanaziz
- Promo oleh Iki.Ali (gua)
- Promo oleh Elie Lily
- Promo oleh Atin
- Promo oleh ABAH
- Promo oleh Muhamad Ezham
Hamik kau. Kenapa gua semangat tiba-tiba ni? Sabaq dulu. Gua tau dah kantoi awai-awai kat atas tu tujuan entri ni. Tapi, rileks dulu, der.
BERITA BAIK! NOKSS! #2 kini sedang dalam proses pembikinan! Jadi, sempena dengan bermulanya detik menunggu NOKSS! #2 dipasarkan, sekarang ni... (tu ha, tajuk tu) hang pe semua boleh jugak follow kami di Twitter. Update dia selalunya akan lebih kurang sama je, tapi gua rasa Twitter ni lagi tangkas daripada Facebook kadang-kadang, dan kami pun sebenarnya memang berharap sangat nak dapatkan lebih ramai pembaca untuk terus membudayakan pembacaan karya-karya kreatif penulis muda masa kini dan juga budaya membaca itu sendiri secara amnya (ececeh... :P). Anyways, ini dia Twitter kami:
Fungsi Twitter 9Belas Zine ni sebenarnya lebih kurang sama jugak macam Facebook page kami, cuma ini versi yang lebih ringkas. Kalau hang pe semua...
- ...nak buat pesanan, boleh;
- ...nak tau perkembangan terkini, boleh;
- ...nak borak dengan admin, boleh;
- ...nak mempromosikan NOKSS!, lagilah boleh... malahan, lagi kami mengalu-alukannya!
Sekian. :)
20110324
Tentang sukan rakyat dan zine yang bernama 'NOKSS!'.
Pada zaman di mana social networking dan permainan video menjadi fenomena yang dominan macam sekarang ni, agak sukar kita nak lihat muda-mudi menjalankan aktiviti kesihatan yang lebih efektif daripada hanya senaman tangan, jari, mata dan telinga (faham-faham sendirilah gua cakap pasal apa), bukan? Kenapa sampai macam tu sekali? Apakah hanya tangan, jari, mata dan telinga sahaja sudah cukup untuk menyelamatkan lu orang daripada ancaman anasir yang mengejar lu secara fizikal daripada belakang? Alamatnya pancitlah lu; gua pun tak dapat nak tolong sebab gua pun sama. Kalau macam permainan video pulak... mentang-mentanglah ada permainan bola sepak dalam sistem lu orang, itulah yang lu orang dok aktif main; tapi lawan dengan program komputer je der; apa ada. Bukankah bersukan secara fizikal dapat meningkatkan kesihatan dan skil-skil tertentu, di samping dapat meningkatkan semangat kesukanan sesama rakan-rakan seperjuangan anda? Bukankah secara tak langsung silaturrahim dapat terjalin dengan lebih erat lagi?
Haah. Dekat zaman-zaman macam ni, jangan ingat sukan-sukan rakyat atau sukan-sukan tradisional yang satu masa dulu agak popular dalam kalangan kanak-kanak yang masih tak tahu pasal teknologi motion-sensing dekat PlayStation 3 yang tak wujud pun masa tu dan macam mana nak hubungkan jalur lebar dengan komputer peribadi macam baling selipar/tin, rounders, chi-ku-pang, ais krim soda dan sebagainya tu dah dilupakan begitu sahaja. Atas dasar ingin mengekalkan tradisi rakyat yang unik ini dan mempromosikan gaya hidup yang sihat, dalam masa yang sama gian nak menjadi kanak-kanak Ribena semula, gua adalah kenal sekumpulan manusia berkod nama "9Belas" yang telah cuba menetapkan satu inisiatif dalam kalangan mereka yang mereka kenali sebagai "Membudayakan sukan rakyat," sebuah konsep yang gua rasa lebih murni daripada konsep gagasan 1Malaysia yang hanya menjadi sekadar penghias billlboard dekat jalan raya sebab perlaksanaannya gua confirm dapat dilihat dan dirasai sendiri oleh rakyat Malaysia kalaulah mereka tahu hasrat murni kumpulan manusia ni.
Memang bagus mereka ni; selalu petang-petang bersama-sama rakan sekelas bermesra sesama sendiri sambil mengeluarkan peluh dengan terus mempraktikkan sukan-sukan rakyat yang semakin pudar dalam ruang minda masyarakat di era globalisasi ni. Teringat balik masa-masa gua (agak) ligat sikit berlari-lari waktu kecik dulu; nampak sangat gua dah tua. Hari tu, dengan berbekalkan kesakitan di kaki gua sebab tergelincir jatuh daripada platform orang kurang upaya dekat kolej gua, gua dapat melihat sendiri semangat pembudayaan sukan rakyat dalam kalangan mereka. Tapi, gua rasa ada baiknya gua tak join masa tu. Sebab, berdasarkan kemas kini status Facebook pada dinding kumpulan CT112, gua dapat lihat ada mereka selalu akan ada sedikit masalah persefahaman dalam perlaksanaan permainan-permainan tersebut; khususnya dari segi perlaksanaan undang-undang sesebuah permainan itu. Memandangkan setiap ahli kumpulan itu datang daripada kampung, daerah dan aliran pemikiran yang berbeza, mereka akan sering berbalah sesama sendiri demi ingin membuktikan bahawa versi permainan seorang ahli kumpulan itu lebih hebat daripada versi permainan ahli yang lain. Kadang-kadang, kekhilafan mereka yang jarang main permainan rakyat ni pun nak dipertikaikan. Tapi, bila gua jadi penonton hari tu, gua gelak sampai pundi kencing gua rasa-rasanya perlukan pembedahan sebab lawak gila melihat gelagat rakan-rakan gua bertikam lidah sesama sendiri; nak-nak memang otak diorang tu memang daripada stok Tanjung Rambutan. Walaupun gua tak terlibat sekali, gua sendiri rasa melompat girang dalam hati sebab dapat mengenang kembali nostalgia lama yang bila diaplikasikan semula ke era modenisasi ni. Oh ya, walaupun gua tak terlibat dalam permainan rakyat yang fizikal, gua masih dapat bersenam secara tak langsung. Terima kasih, kaki yang sakit! :D
---------------------------------------------------------------------
Lepas tu, malam pulak menjelma. Telah dikhabarkan oleh seorang rakan gua bahawa satu lagi inisiatif kumpulan yang gua dah cakap tadi; iaitu membudayakan pembacaan dan pembuatan zine turut menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Zine ni, kalau nak ikut fahaman gua, ialah sebuah penerbitan independent yang meliputi perkara-perkara yang selalunya tak diusik oleh media arus perdana. Alang-alang kumpulan tu semuanya penulis yang berbakat di dalam hati, kumpulan tu berkeputusan untuk mengasah kreativiti setiap isi kumpulan tu dalam penulisan karya-karya (yang konon-kononnya) pop / indie. Zine tu dah macam antologi sikit. Hasilnya, terbitlah sebuah zine pertama daripada 9Belas yang bertajuk NOKSS!; nama yang mendapat undian tertinggi dalam banyak-banyak nama yang tercalon atas cadangan Ezham. Walaupun nama yang gua letak sebagai nama zine tu tak terpilih, gua terlalu sayangkan nama tu sampai gua abadikannya sebagai tajuk salah satu karya gua dalam zine tu. Gua rasa kitorang agak hebatlah (bukan nak merendah diri, tapi gua bangga kot dengan budak kelas gua). Benda tu dah siap dah, tapi gua sebagai pereka muka depan zine tu pun tak dapat lagi naskhah gua. Tapi, gua boleh tunjuk teaser muka depan zine tu, sebab gua tak ada muka depan yang muktamad disebabkan oleh sedikit perubahan rekaan yang telah dilakukan secara tradisional oleh tuan editor.
Haha. Dekat bawah ni pulak merupakan testimoni visual yang menggambarkan kegembiraan di wajah mereka yang telah pun mendapatkan naskhah zine mereka semalam.
![]() |
| Dari kiri: Alyssa, Diah, Aimi, Aishah Kredit foto: Aimi Amira |
Sila pergi dekat SINI untuk maklumat yang lebih lanjut pasal prosedur pesanan dan harga zine ni dan SINI untuk mengikuti perkembangan terkini zine ni.
INGAT: HANYA KEPADA YANG BERMINAT!
Baiklah, setakat ini sahajalah laporan gua yang tak berapa hebat ni. Sekian.
P/S: Gua cuba jadi skema, tapi tak reti.
Subscribe to:
Posts (Atom)







