This LIFE is semi-retired.

Hi! I'm updating this space to tell you guys that this second, seemingly, kinda, sort of unsuccessful attempt at deeply documenting my thoughts I call a blog will now be semi-retired. Facebook status updates and tweeting are a lot easier these days to blab about things like my views on life, society, and current events. Blogging, however, takes a little bit of thought. Heck, even THIS pinned post takes a while to be typed too.

The NARNIA division, however, I shall try and actively live it up; where I'll say good or crappy things about films, TV series, music, video games, events, or literature I have read... if this lazy-leech thing ever comes off of my brain, that is. 'Till then.

20110324

Tentang sukan rakyat dan zine yang bernama 'NOKSS!'.

Pada zaman di mana social networking dan permainan video menjadi fenomena yang dominan macam sekarang ni, agak sukar kita nak lihat muda-mudi menjalankan aktiviti kesihatan yang lebih efektif daripada hanya senaman tangan, jari, mata dan telinga (faham-faham sendirilah gua cakap pasal apa), bukan? Kenapa sampai macam tu sekali? Apakah hanya tangan, jari, mata dan telinga sahaja sudah cukup untuk menyelamatkan lu orang daripada ancaman anasir yang mengejar lu secara fizikal daripada belakang? Alamatnya pancitlah lu; gua pun tak dapat nak tolong sebab gua pun sama. Kalau macam permainan video pulak... mentang-mentanglah ada permainan bola sepak dalam sistem lu orang, itulah yang lu orang dok aktif main; tapi lawan dengan program komputer je der; apa ada. Bukankah bersukan secara fizikal dapat meningkatkan kesihatan dan skil-skil tertentu, di samping dapat meningkatkan semangat kesukanan sesama rakan-rakan seperjuangan anda? Bukankah secara tak langsung silaturrahim dapat terjalin dengan lebih erat lagi?

Haah. Dekat zaman-zaman macam ni, jangan ingat sukan-sukan rakyat atau sukan-sukan tradisional yang satu masa dulu agak popular dalam kalangan kanak-kanak yang masih tak tahu pasal teknologi motion-sensing dekat PlayStation 3 yang tak wujud pun masa tu dan macam mana nak hubungkan jalur lebar dengan komputer peribadi macam baling selipar/tin, rounders, chi-ku-pang, ais krim soda dan sebagainya tu dah dilupakan begitu sahaja. Atas dasar ingin mengekalkan tradisi rakyat yang unik ini dan mempromosikan gaya hidup yang sihat, dalam masa yang sama gian nak menjadi kanak-kanak Ribena semula, gua adalah kenal sekumpulan manusia berkod nama "9Belas" yang telah cuba menetapkan satu inisiatif dalam kalangan mereka yang mereka kenali sebagai "Membudayakan sukan rakyat," sebuah konsep yang gua rasa lebih murni daripada konsep gagasan 1Malaysia yang hanya menjadi sekadar penghias billlboard dekat jalan raya sebab perlaksanaannya gua confirm dapat dilihat dan dirasai sendiri oleh rakyat Malaysia kalaulah mereka tahu hasrat murni kumpulan manusia ni.

Memang bagus mereka ni; selalu petang-petang bersama-sama rakan sekelas bermesra sesama sendiri sambil mengeluarkan peluh dengan terus mempraktikkan sukan-sukan rakyat yang semakin pudar dalam ruang minda masyarakat di era globalisasi ni. Teringat balik masa-masa gua (agak) ligat sikit berlari-lari waktu kecik dulu; nampak sangat gua dah tua. Hari tu, dengan berbekalkan kesakitan di kaki gua sebab tergelincir jatuh daripada platform orang kurang upaya dekat kolej gua, gua dapat melihat sendiri semangat pembudayaan sukan rakyat dalam kalangan mereka. Tapi, gua rasa ada baiknya gua tak join masa tu. Sebab, berdasarkan kemas kini status Facebook pada dinding kumpulan CT112, gua dapat lihat ada mereka selalu akan ada sedikit masalah persefahaman dalam perlaksanaan permainan-permainan tersebut; khususnya dari segi perlaksanaan undang-undang sesebuah permainan itu. Memandangkan setiap ahli kumpulan itu datang daripada kampung, daerah dan aliran pemikiran yang berbeza, mereka akan sering berbalah sesama sendiri demi ingin membuktikan bahawa versi permainan seorang ahli kumpulan itu lebih hebat daripada versi permainan ahli yang lain. Kadang-kadang, kekhilafan mereka yang jarang main permainan rakyat ni pun nak dipertikaikan. Tapi, bila gua jadi penonton hari tu, gua gelak sampai pundi kencing gua rasa-rasanya perlukan pembedahan sebab lawak gila melihat gelagat rakan-rakan gua bertikam lidah sesama sendiri; nak-nak memang otak diorang tu memang daripada stok Tanjung Rambutan. Walaupun gua tak terlibat sekali, gua sendiri rasa melompat girang dalam hati sebab dapat mengenang kembali nostalgia lama yang bila diaplikasikan semula ke era modenisasi ni. Oh ya, walaupun gua tak terlibat dalam permainan rakyat yang fizikal, gua masih dapat bersenam secara tak langsung. Terima kasih, kaki yang sakit! :D

---------------------------------------------------------------------

Lepas tu, malam pulak menjelma. Telah dikhabarkan oleh seorang rakan gua bahawa satu lagi inisiatif kumpulan yang gua dah cakap tadi; iaitu membudayakan pembacaan dan pembuatan zine turut menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Zine ni, kalau nak ikut fahaman gua, ialah sebuah penerbitan independent yang meliputi perkara-perkara yang selalunya tak diusik oleh media arus perdana. Alang-alang kumpulan tu semuanya penulis yang berbakat di dalam hati, kumpulan tu berkeputusan untuk mengasah kreativiti setiap isi kumpulan tu dalam penulisan karya-karya (yang konon-kononnya) pop / indie. Zine tu  dah macam antologi sikit. Hasilnya, terbitlah sebuah zine pertama daripada 9Belas yang bertajuk NOKSS!; nama yang mendapat undian tertinggi dalam banyak-banyak nama yang tercalon atas cadangan Ezham. Walaupun nama yang gua letak sebagai nama zine tu tak terpilih, gua terlalu sayangkan nama tu sampai gua abadikannya sebagai tajuk salah satu karya gua dalam zine tu. Gua rasa kitorang agak hebatlah (bukan nak merendah diri, tapi gua bangga kot dengan budak kelas gua). Benda tu dah siap dah, tapi gua sebagai pereka muka depan zine tu pun tak dapat lagi naskhah gua. Tapi, gua boleh tunjuk teaser muka depan zine tu, sebab gua tak ada muka depan yang muktamad disebabkan oleh sedikit perubahan rekaan yang telah dilakukan secara tradisional oleh tuan editor.


Haha. Dekat bawah ni pulak merupakan testimoni visual yang menggambarkan kegembiraan di wajah mereka yang telah pun mendapatkan naskhah zine mereka semalam.

Dari kiri: Alyssa, Diah, Aimi, Aishah
Kredit foto: Aimi Amira
Nampak seronok, bukan? KALAU lu orang rasa berminat nak dapatkan zine ni, boleh cakap dengan gua... lagi senang, emelkan terus pesanan lu ke alamat: 9belaszine@gmail.com

Sila pergi dekat SINI untuk maklumat yang lebih lanjut pasal prosedur pesanan dan harga zine ni dan SINI untuk mengikuti perkembangan terkini zine ni.

INGAT: HANYA KEPADA YANG BERMINAT!

Baiklah, setakat ini sahajalah laporan gua yang tak berapa hebat ni. Sekian.

P/S: Gua cuba jadi skema, tapi tak reti.

6 comments:

Aimi Amira said...

ceh, ada gambar gua kat sini. haha.
iki jangan marah pasal cover.

I.A. said...

tak marah dah. got over it. :)

4umyfans said...

teman gembira...
banyak perubahan berlaku selepas dua minggu itu berakhir.

teman dah ada satu zine tu. kamu semua, bila lagi? :)

I.A. said...

minggu depan, Sheikh Ahmad Bukhari. haha.

aku tak dapat copy aku lagi. :P

little cart00n said...

tak promote blog aku pun?
blog aku pun ada cite pasal NOKSS! :(

muehehhehe ;p

I.A. said...

huk aloh.
Ili nak emo kenapa plak?

aku punya post ni kira pasal masa baru tau pasal berita yang 'NOKKS!' dah siap kot.

tu pasai nama kau tak ada. jangan marah, ya? ;)