Bersarang bai. Kbye.
#thatshitrhymesyo
This LIFE is semi-retired.
Hi! I'm updating this space to tell you guys that this second, seemingly, kinda, sort of unsuccessful attempt at deeply documenting my thoughts I call a blog will now be semi-retired. Facebook status updates and tweeting are a lot easier these days to blab about things like my views on life, society, and current events. Blogging, however, takes a little bit of thought. Heck, even THIS pinned post takes a while to be typed too.
Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts
20131220
20130725
Microblogging #3: On respecting intellectual properties (particularly creative works).
I haven't done this in a while, and the title's pretty self-explanatory. So read on, folks. Read on. These comes from my Twitter account, FYI. And I'm not gonna do a long ass explanation on these; it's all there. From bottom to top, if you may.
Anyway, this is a response for a comment I get on my Pecah review. I know it's just ONE comment, but that kinda hurts to blatantly say that, y'know. These are just my two cents. Maybe I wasn't being very clear when I made that review.
Anyway, this is a response for a comment I get on my Pecah review. I know it's just ONE comment, but that kinda hurts to blatantly say that, y'know. These are just my two cents. Maybe I wasn't being very clear when I made that review.
20130714
Hai, saudara seMuslimku... ayuh #rapatkanSaf!
Aku rasa aku patut letak benda ni kat sini, memandangkan fenomena lubang dan barisan tak lurus dalam saf semakin merisaukan aku. Aku nak pahala extravaganza bila solat berjemaah juga, weh! Please, you all? #rapatkanSaf for our own sake? Dan kalau anda seorang yang rajin, bolehlah sebar-sebarkan risalah ni di ruang internet mahupun di pusat komuniti berhampiran anda! :D
![]() |
| Kredit flyer: Esah Ezral |
P/S: Tak terlambat rasanya untuk aku ucapkan Salam Ramadhan kepada sesiapa yang sudi membaca blog aku ni. Sekian. Selamat beramal!
20130629
Kalaulah berlaku kat aku nanti...
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
P/S: Bukan senang nak buat lirik yang meremangkan bulu roma; lagi-lagi dalam genre Hip-Hop. Lejen Hip-Hop macam 2Pac pun tak ada lagi rasanya lirik setulus yang ni. Pehh.
20130628
Konteks dah hilang.
Aku rasa aku dah nampak dah apa masalah aku dan sesetengah besar orang sekeliling aku ni... apa je yang aku cakap atau buat, langsung tak ada konteks. Asalkan ayat tu berbunga dan ada kick, kita pakai guna je tanpa memikirkan sebenarnya kita nak apa daripada apa kita ungkapkan tu.
Orang kata, apa kita buat semuanya ada sebab, kan? Tapi, kita bercakap sebab apa? Sebab nak bercakap? Itu bukan sebab; kau memang nak bercakap, tapi sebab apa? Apa reaksi atau persepsi yang kau harapkan? Kalau tak ada apa yang kau nak atau harapkan daripada apa benda kau cakap tu, baik diam saja. Jangan buat bising bila tak perlu. Dunia ni dah cukup bising dengan kata-kata tak berisi; yang tak ada makna. Tau kencang, tau kencing.
Mana hilangnya konteks segala perbuatan kita ni wei? Manusia macam kau dan aku kena cari sebab kenapa kita ditiupkan ke dalam jasad ni!
20120309
Welcome back to school, bitches!
What a song to remind me of the current field I'm in right now (this song is also stuck in my head for quite a while now). Welcome back to school, me-self and my homies! I mean, seriously.; when's the last time any of us heard of a song that makes extensive references to the world of films, eh?
Kau senikan Dracula
Kau musnahkan Godfather
Duduk kerusimu dalam fantasiku
Akulah mamalia
Akulah yang mulia
Akulah yang pertama
Francis Ford Coppola
VHS, VCD
Kini muncul DVD
Kumpulkan semua jadikan koleksi
Pergi ke seksyen 2
Terjumpa satu syurga
Pulang gembira bagai dalam cerita
Kembalikan filemmu yang dulu
Kembalikan bersama puisiku
Kembalikan ku ke tahun itu
Aku lakunkan segala arahanmu
Piano berbunyi
Ala filem Italy
Minum Caffee Latte
Satu restorante
Televisyenku dah rosak
Video jangan kau gelak
Kembalikan filemmu yang dulu
Kembalikan bersama puisiku
Kembalikan ku ke tahun itu
Aku lakunkan segala arahanmu
20120223
Indahnya peribahasa kita.
Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian;
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.
Persetankan cliche tak cliche; bagi aku peribahasa ni memang akan relevan sampai bila-bila pun. Menjadi budak muda yang masih lagi belajar dan bergantung pada duit mak bapak macam aku ni, aku rasa sedihlah... sebab muda-muda dah berhutang dengan Pak Pitihpith-en. Bapak pun bukannya kaya. Kerja part-time yang tak pernah dapat tu pun nampak gayanya memang bukan rezeki aku buat masa sekarang. Lepas tu, selalu je aku tengok dekat dua ekor gergasi besar social networking tu, mengomel je kerja manusia seangkatan aku ni pasal kesusahan hidup sebagai seorang mahasiswa/jiwa muda. Sakit mata aku, panas hati aku.
Tapi tak apa; bila aku teringat je peribahasa ni, dah macam sedikit sebanyak menghilangkan keresahan kat hati sensitif aku ni. Biarlah masa muda ni terpaksa hidup dalam kesempitan duit, biarlah masa muda ni dengar orang asyik mengadu dekat dua ekoq gergasi tu yang belum tentu nak tolong depe sedangkan Sang Gergasi yang cipta kita dan melihat gerak-geri kita selalu ada untuk kita; kita je yang segan/sombong nak mintak tolong (aku juga termasuk dalam golongan tu).
Tapi tak apa; bila aku teringat je peribahasa ni, dah macam sedikit sebanyak menghilangkan keresahan kat hati sensitif aku ni. Biarlah masa muda ni terpaksa hidup dalam kesempitan duit, biarlah masa muda ni dengar orang asyik mengadu dekat dua ekoq gergasi tu yang belum tentu nak tolong depe sedangkan Sang Gergasi yang cipta kita dan melihat gerak-geri kita selalu ada untuk kita; kita je yang segan/sombong nak mintak tolong (aku juga termasuk dalam golongan tu).
Nak buat macam mana. Ini ujian aku sekarang. Aku akan dapat rezeki yang lebih baik lepas ni, mungkin? Dia Maha Pemurah, Maha Adil. Aku susah sekarang, insya-Allah aku akan senang juga; kalau bukan kat sini, kat akhirat agaknya.
:)
20120206
Tak amalkan apa yang aku belajar.
Itu salah satu makna hipokrit, kan? Aku sendiri tak suka hipokrit, dan aku sendiri hipokrit. Tapi, takkan aku nak zahirkan hipokrisi aku? Gila?
Geraklah, bro. Gerak!
Geraklah, bro. Gerak!
20120108
20111221
20111212
Dunia semakin kejam.
Manusia semakin hebat. Manusia juga semakin kejam. Dunia semakin kelam. Kalau mulut ada tak buka, kalau peluang ada tak direbut, kalau dipijak lumat-lumat tak melawan, kita akan dimamah hidup-hidup. Nak lari macam mana pun, semua ni akan terus mengejar kita. Bila dah dapat tempat menyorok tu, kita tak boleh takut, kita tak boleh panik; sebaliknya, kita kena berfikir berbillion langkah ke hadapan. Ye lah, mana boleh kita patah balik sebab kita yang mulakan masalah tu selalunya. Fikir macam nilah, masalah tu bagaikan raksasa hodoh yang sentiasa laparkan mangsa yang lemah; dia akan terus cari kita kalau kita tak reti nak selesaikan dia sehabis-habisnya. Bila dah dapat penyelesaian, sediakan senjata; keberanian kita. Hadapi masalah tu. Jangan takut; sebab masalah tu sebahagian daripada kau. Kalau kau tak boleh kawal masalah tu, kau akan jadi gila; sebab masalah tu akan menghantui kau sepanjang hayat.
P/S: Argh... benci ah writer's block ni. Alih-alih mesti aku cakap pasal benda generic. =.="
20111126
Dem ah.
Idea menulis blog memang one-off ke? Sekali je tak lalu nak tulis entri yang bagus, terus tak lalu nak tulis... sampailah secara spontan dan semangatnya aku rasa nak pergi tulis entri baru. =.=""
Tidurlah dulu, otak. I can't push you, bro.
Tidurlah dulu, otak. I can't push you, bro.
20111121
Flashback quote #1:
A tweet from 13/11/2011:
Sekali lagi aku menjadi manusia yang aku sendiri tak berapa berkenan. Betullah; people change.
20111115
Salut ralat paradoks!
aaa
| Excited gila si Aloy Paradoks ni! =.=" |
Gila. Aku pergi tengok notifikasi aku kat laman buku muka (BUKU MUKA YA! BUKAN MUKA BUKU! Dear Najwa Latiff, nak terjemahkan Bahasa Inggeris biar tepat, ye?), lepas tu terkejut aku tengok si Aloy Paradoks ni dok mengulang-ulang komennya (siap mention nama aku jugak tu!). Tak mungkin dia akan copy-paste banyak kali macam tu, kalau tak mesti pengulangan nama aku yang seterusnya tak jadi warna biru.
Excited dan berterima kasih sungguh bro ni sebab aku datang menonton Teater Juta-Juta dia tu tempoh hari. Aku ingat nak buat entri biasa je untuk nak menunjukkan betapa bataknya mamat ni, tapi, bila aku bukak blog dia (sebenarnya, aku just nak link URL blog dia kat nama dia dalam entri ni dan entri ni patut takat perenggan kat atas tu je), aku ada ternampak entri terbaru dia, di mana dia ada cakap macam ni:
Pada persembahan matinee Teater Juta-Juta ini sebenarnya bilangan audience yang sepatutnya hadir adalah ramai dari apa yang tercatat di buku rekod tempahan. Tapi mungkin kebanyakan akhirnya tersesat atau mungkin juga terpesona dengan keindahkan seni reka bangunan dan Putrajaya. Asyik mengambil gambar hingga akhirnya terlepas waktu pementasan. Mungkin benar.
Rata-rata dari proses pencerapan dan juga temuduga (berborak), aku dapati 90% dari audience adalah merupakan crowd teater sekitar Lembah Kelang. Mereka ini yang menonton persembahan sama dan persembahan lain di Stor Teater dulu, mereka yang plan nak datang musim pertama tapi tak sempat, mereka yang dulu datang tapi tak tempah, dan akhirnya tak dapat masuk sebab penuh, dan mereka yang selama ini tahu kami buat teater tapi tak pernah datang.
Jadi penggemar teater di sekitar Lembah Kelang, adalah tergolong dalam mereka-mereka yang setia pada aku. Dan memang dari awal aku dah duga, mereka-mereka ini jugalah yang akan datang. Cuma aku tak terlalu menyangka bahawa sambutan orang Putrajaya tersangat dingin. Tapi aku percaya jika dengan promosi yang tepat digerakkan di tempat mereka, mereka akan sedar dan hadir menyaksikannya.
Aww! Rileks je bro! Selagi mampu, aku akan terus menyokong usaha murni golongan macam korang ni yang masih cuba menghidupkan seni di era touch device macam sekarang ni. Teruskan je apa korang buat! Buat sampai orang suka dan betul-betul menghargainya! Buat je taktik sama yang Barat pakai; terus-terusan memperdengarkan sampah-sampah di radio kat khalayak ramai seluruh dunia sampailah semua orang boleh terima benda tu dan berani katakan bahawa muzik clubbing yang bertemakan seks dan alkohol tu sudah menjadi norma kehidupan dan begitu sedap disiulkan biarpun maksud lagu-lagu macam tu boleh memporak-perandakan tamadun manusia! Barulah aku faham kenapa dia ni excited betul asyik dok mengulang komennya dekat gambar aku tu. Baru nak cakap dia annoying. Tapi, lecturer aku Fikri J pernah cakap macam ni; "repetition creates meaning." Judging by the pattern, aku rasa aku faham apa maksud dia.
Salut sekali lagi buat bro Aloy Paradoks, Fasyali Fadzly, Fazleena Hishamuddin, Anas Ridzuan, dan geng-geng Teater Juta-Juta yang lain kerana memberikan alternatif yang fresh bagi dunia seni tempatan!
20111104
Kalaulah dari kecik lagi aku dah ada blog...
Mesti seronok. Dapatlah aku kejar progress kematangan aku dari semasa ke semasa. Boleh jugak aku gelakkan kaw-kaw betapa kurang matangnya pemikiran aku masa kecik, dan merindui betapa kreatif dan gilanya otak seorang kanak-kanak Ribena macam aku dulu. Aku rasa masa kecik dulu, macam-macam benda aku dah cipta dan musnahkan, tapi aku ingat-ingat lupa apa dia benda-benda tu. Kalaulah benda tu aku keep track, rasanya bolehlah aku jadikan benda-benda tu sebagai blueprint aku untuk aku terus jadi orang yang lebih baik dari sekarang dan boleh buat macam-macam benda lagi yang sangat awesome.
Aku rasa aku ada cuba nak buat satu entri blog tau dulu masa kakak aku kaki betul blogging ni, tapi aku give up sebab aku tak reti nak terangkan apa aku buat dalam hidup aku; aku ingat lagi, masa tu aku tengah kaki The Sims, jadi aku nak bagitau satu dunia yang aku tengah syok gila dekat game tu masa tu, tapi terus tak jadi. Dan aku rasa macam bodoh je bagitau apa aku buat dekat orang lain. Macam orang tak ada kerja je. Tapi bila fikir balik, bila aku buat blog, aku dapat tau diri aku ni macam mana. Aku mampu ukur apa kelemahan dan kekurangan dalam diri aku.
Aku mula serius nak blogging bila kakak aku ajak aku kaw-kaw buat LiveJournal masa aku PMR rasanya. Aku pun berkeputusan nak buat jugak, sebab entah kenapa masa tu aku suka betul menulis. Jadi, banyaklah aku merapu pasal hari-hari sekolah aku dan kehidupan harian aku. Ada yang seronok, adalah jugak yang tak. Tapi, ada jugak yang aku tak payah pun nak bagi tau, tapi aku bagitau jugak. Too much information omputih cakap. Semakin masa berlalu, aku rasa macam pointless nak bagi tau SEMUA benda pasal aku. Lama-lama tu, aku dapatlah jugak kawal diri aku, dan aku hanya akan pos benda-benda yang bagi kepuasan kat aku; macamlah entri ni.
Tulah... tiba-tiba benda ni terlintas kat otak aku. Sebelum aku lupa, baik aku taip. Sebab aku rasa tajuk ni seronok untuk dikupas. :P
20111029
Memenuhi hasrat.
Bunyinya sangat comel, bukan? Tapi, kadang kala, lagi-lagi masa sekarang ni, aku masih ada banyak hasrat tak tercapai lagi. Dah banyak benda aku plan nak buat masa-masa cuti panjang macam sekarang ni untuk diri sendiri hanya untuk mengisi masa lapang, tapi aku masih tak berkemampuan nak buat apa-apa. Tak tahulah nak kata aku ni malas ke apa, tapi memang aku rasa macam susah nak lunaskan segala hasrat di hati ni.
Ini aku streskan lagi-lagi dekat senarai-senarai yang aku dah buat untuk menguatkan lagi kreativiti dan inspirasi aku supaya aku rasa puas. Memang baguslah aku sekarang mantain blog 'NOKSS#0', dan aku jugak telah diberi kepercayaan untuk mengetuai penerbitan dan editing untuk zine 'NOKSS' isu ke-3 nanti di samping nak letakkan sesuatu yang istimewa kat sana. Tapi, dalam masa yang sama, banyak jugak benda lain yang perlu aku settle-kan yang kebanyakannya taklah remeh pun, tapi tak ngerti gue mengapa nggak diusik-usik benda-benda minoriti itu! Komiknya banyak! Novelnya banyak dibeli! Bahan bacaan lain juga sudah ada dan akan dibeli lagi! Follow sama itu blog-blog si orang kreatif sudah! Pergi event-event yang bertemakan seni dan muzik juga sudah (ini ada lagi yang akan datang ni!)! Filem dan cerita bersiri, dari yang live-action ke animasi, pulak tak gerak-gerak matanya nak menonton! Diskografi musiknya juga banyak! Idea pun sudah banyak di otak! Permainan videonya pun banyak yang ditunda! Gitar dalam beg dibiarkan berhabuk!
Hasrat-hasrat remeh yang lain macam study untuk ambik lesen memandu, periksa masalah kulit aku ni lagi, melayan keadaan rumah dan isinya dengan entah apa-apa lagilah benda yang tak sepatutnya besar dah jadi MidValley dah pun dalam otak aku ni. Masa pulak terlalu banyak.
MANA NAK MULA NI?! ARGH! SEBAB AKU FIKIR MACAM NI KOT APA PUN TAK JALAN! Orang kata, baby step, kan? Tapi, bayi nak merangkak pun kena ada titik mula, kan? Aku rasa macam nampak titik mula tu, tapi dia boleh main lari-lari pulak. Entah mana-mana dia menyorok, aku tak tau. Aku akan terus cari kau, woih! Aku nak cuba jadi produktif tanpa buat benda yang aku tak suka! Ingat! AKU AKAN CARI KAU, LAHANAT!
P/S: Biarpun aku tak buat benda-benda ni lagi, Internet banyak jugak membantu aku menambah ilmu pengetahuan. Haa. Sekurang-kurangnya adalah benda bermanfaat aku buat masa cuti ni, kan?
20111023
Bercakap dengan orang itu seronok.
Hai.
Sejak aku tak lagi bergelar sebagai seorang pelajar buat sementara waktu ni, dan semenjak aku berpijak dekat rumah ayahanda tercinta di Putrajaya ni, aku rasa keseorangan. Betul. Sangat keseorangan. Mana taknya, bilik aku ni betul-betul serupa kotak; in fact, kotak pun ada banyak dalam bilik aku ni! Bapak aku jenis manusia yang hanya layan aku bila ada motif yang kukuh. Manusia lagi sorang tu pulak, bercakap memang tak mahu. Satu-satunya masa aku akan dengar dia bercakap ialah masa aku buat silap. Hari tu, aku dah seronok dah dengar kakak aku balik KL sat sebab nak lepak dengan kawan dia yang jugak merupakan kawan aku. Tapi, atas dasar menghormati wallet aku yang nekad nak berpuasa dan ditambah pulak dengan keberatan bontot yang melebihi berat badan orang yang obesiti, terpaksalah aku hormat dia. Dia kan geng aku, dia pun penat. Aku faham.
Ada PS2 dekat sebelah tilam pun, tak ada semangat istiqamah pulak aku dalam nak menghabiskan salah satu game yang aku asyik ulang balik dari mula walaupun tak pernah habis main. Lepas tu, bila aku menghadap Facebook pulak, biarpun aku ada jugak sekali-sekala borak dengan kakak aku dan kawan-kawan aku yang masing-masing bongok belaka, aku susah nak rasa happy sebab masing-masing nampaknya dah jumpa sesuatu untuk diisi semasa waktu yang sepatutnya digunakan untuk tidur dalam masa cuti yang agak panjang ni. Masing-masing ada hal masing-masing dan melayan diri masing-masing. Aku keluar hampir setiap hari ke Alamanda pun, biarpun ditemani hiruk-pikuk manusia dan bunyi-bunyian playlist MP3 aku yang aku occasionally update, ditambah lagi dengan keindahan makanan yang pelbagai rupa, aroma, rasa, dan harga, aku masih rasa keseorangan. Aku mula rindu nak cakap dengan manusia secara terus.
Jadi, aku betul-betul seronok bila aku dengar ada event macam Malam Seni CASA minggu lepas wujud, sebab bolehlah aku borak balik dengan orang-orang yang aku rasa boleh bagi hati aku tersenyum; yalah, geng dah ada. Mana taknya, aku rindu dengar repekan dan cerita-cerita si otak-otak gila bongok, kasar, lucah dan berwarna-warni orang macam depe ni semua yang pernah bersama dengan aku. Selain depe ni, bercakap dengan orang random; total stranger yang like-minded jugak sangat seronok. Ada jugak orang macam ni hari tu. :)
![]() |
| Muka-muka aku, monyet 9Belas dan seorang guest star yang aku cakap tu. Ada lagi sebenarnya orang best, tapi ni je yang tertangkap. Kredit gambar: fairuz PHOTOGRAPHY |
Sekarang, adik aku pulak bertandang dekat rumah Putrajaya ni buat sementara waktu. Lepas exam dia habis, aku akan ada roommate semula.
Ahh, seronoknya bercakap dengan manusia depan mata; barulah rasa otak tu dapat berkembang pesat. :3
P/S: Aku rasa entri hanya akan wujud dalam blog aku yang agak bersawang ni bila aku dapat berjumpa dengan manusia yang nak berinteraksi dengan aku secara sedar atau tak sedar.
20111001
Anak 9Belas Zine yang baru: 'NOKSS #0'!
Wah. Lama gila tak usik blog weh! Nak buat macam mana; hati tak mahu ke sini semenjak dua menjak ni. Hmm... mungkin akan ada pos baru yang proper kot sat lagi atau bila-bila. Ni ada promosi terbaru nak habaq kat hang pa semua ni!
9Belas Zine; penerbit indie terulung (dan dan terulung :P) ada produk sampingan baru yang fungsinya menemani zine NOKSS kami yang fizikal tu. Sekarang, say hi to NOKSS#0; spin-off kepada NOKSS!
Blog NOKSS#0 sebenarnya hampir sama macam NOKSS fizikal tu, tapi NOKSS fizikal tu mana boleh tiba-tiba update, kan? Pasal tulah wujudnya NOKSS#0 ni; kot-kot penulis-penulis ni taknak idea tak gempak depe masuk NOKSS isu 3 yang masih dalam perancangan (ececeh... sempat lagi tu!), depe leh campak dalam ni. Blog ni jugak terbina untuk jenis pembaca/peminat yang tak boleh sabar (kehkeh :P). Hmm... aku rasa buat apa nak terangkan panjang-panjang. Senang cerita, korang pergi tekan link gabak ni...
...lepas tu tekan tab 'About' untuk tau lebih lanjut pasal apa kejadahnya 'NOKSS#0' ni.
Sekian sahaja laporan dari aku pasal NOKSS punya latest update. Eh, jangan lupa untuk terus ikuti perkembangan terkini kami kat Facebook dan Twitter, ye? Selamat menjenguk! :)
P/S: Setakat entri ni ditulis, 5 karya dah pun dinukilkan! Oh yeah!
20110920
Antara seorang pelajar dan guru.
Cikgu: (Senyum sinis) Awak ni... suka hati mak bapak awak je kan buat macam ni? Kecik-kecik lagi dah banyak masalah.:)
Murid: Cikgu takkan faham masalah saya. Kalau nak saya cerita, kacau pulak cikgu kang; panjang ceritanya.
Cikgu: (Tersengih mesra) Haha, OK. Ni, harap awak tak kisah ye markah awak kurang?
Murid: Takpe, cikgu. I'm well aware of the consequences. Berani buat, berani tanggung. Saya pergi dulu, ye?
Cikgu: Pergilah. There's nothing else I have to say to you. Awak fahamlah, kan?
20110816
Promosi lesung batu.
Hai. Aku ni salah sekoq manusia yang bertanggungjawab terhadap entri MyPhone Shorties ni. Aku tukang edit. Sesiapa yang baik hati silalah LIKE video ni kat YouTube. Jangan mengada-ngada like tapi tak tengok (and vice versa)!
Pesanan khidmat masyarakat (atau BI-nya public service announcement/PSA) ni memang pendek. Walaupun 30 saat je durasi, tapi agak mendalam maksudnya. Aku sendiri masih mencari apalah tuan sutradara merepek dalam karya dia ni.
Dirakam sepenuhnya menggunakan iPhone. Perisian menyunting segan pulak nak disebut. Pengarahnya diberi nama Farhan Ramli. Haa. Ini idea bernas dia tau. Korang boleh dapat info pasal krew yang lain dekat description video ni di YouTube.
Terima kasih.
TERKINI: Kami tak shortlisted. Apakan daya. Tapi, kami dah usaha, kan? Apa-apa pun, kami nak berterima kasih kepada Allah S.W.T., yang menonton, yang mempromosi, yang mengundi, yang menyokong, dan yang mendoakan kejayaan kami dan rakan-rakan seperjuangan kami! :D
Dirakam sepenuhnya menggunakan iPhone. Perisian menyunting segan pulak nak disebut. Pengarahnya diberi nama Farhan Ramli. Haa. Ini idea bernas dia tau. Korang boleh dapat info pasal krew yang lain dekat description video ni di YouTube.
Terima kasih.
TERKINI: Kami tak shortlisted. Apakan daya. Tapi, kami dah usaha, kan? Apa-apa pun, kami nak berterima kasih kepada Allah S.W.T., yang menonton, yang mempromosi, yang mengundi, yang menyokong, dan yang mendoakan kejayaan kami dan rakan-rakan seperjuangan kami! :D
Subscribe to:
Posts (Atom)







