IV, tanda keramat yang menyatakan bahawa sudah empat kali aku kelam dalam blog aku ni. Hey, aku ni anak yatim tau; jangan nak sakitkan hati akulah, manusia-manusia lahanat. Cukuplah aku ada banyak kekusutan yang boleh sakitkan jiwa aku.
Aku rindu masa semuanya masih OK.
Aku rindu masa aku masih tak matang.
Aku rindu masa aku bergaduh dengan adik-beradik aku.
Aku rindu masa aku boleh gelak dengan orang tersayang tanpa segan silu.
Aku rindu dapat makanan yang walaupun biasa je, tapi penuh dengan kasih sayang.
Aku rindu melepak sekali dekat kedai mamak bukan sebab lapar, tapi sebab suka-suka je.
Aku rindu masa dunia aku ni masih stabil.
Sekarang ni, walaupun aku tau yang ada orang bernasib lagi malang dari aku, aku tak sekuat diorang. Ini masalah emosi dan mental. Korang tau tak yang aku sekarang cuba untuk senyum? Kenapa korang cuba ingatkan balik keperitan yang aku cuba nak lupakan untuk masa yang lama? Korang tau tak aku nak cuba gembirakan diri aku? Memang tak tau malulah kalau aku nak paksa korang faham masalah aku, tapi janganlah nak kusutkan lagi aku ni. Aku ni memang nampak macam selamba badak, tapi dalam hati aku, dalam otak aku... korang ada tau ke macam mana rupanya? Aku ni sebenarnya agak fragile; selalu tersepit dekat tengah-tengah dalam apa-apa situasi sekali pun. Aku nakkan kuasa klonkan diri, dah mengarut kan? Aku memang tak ada perasaan bila aku bagitau korang pendapat aku pasal sesuatu perkara, sebab cara aku pandang hidup ni jauh lebih berbeza daripada POV korang.
Sekarang ni, patut aku gembirakan diri aku ke aku patut cuba leraikan mana-mana masalah yang aku mampu dulu? Atau pun aku patut kuatkan ego aku sebagai seorang lelaki yang tak takut dekat apa-apa pun? Masalah pasal ego pulak, 'lelaki' macam mana pun aku, aku masih lagi seorang manusia yang tak pernah sempurna. Sedihlah macam ni. Tak boleh ke aku nak hidup yang normal sikit?
Nampak gayanya aku kena pandai bawak diri. Allah sekarang aku rasa dah masukkan aku dalam kapal selam yang uzur. Barang untuk repair apa yang patut dah ada; aku cuma kena pandai handle semua tools yang ada kalau aku taknak mati lemas.
1 comment:
;)
Post a Comment