This LIFE is semi-retired.

Hi! I'm updating this space to tell you guys that this second, seemingly, kinda, sort of unsuccessful attempt at deeply documenting my thoughts I call a blog will now be semi-retired. Facebook status updates and tweeting are a lot easier these days to blab about things like my views on life, society, and current events. Blogging, however, takes a little bit of thought. Heck, even THIS pinned post takes a while to be typed too.

The NARNIA division, however, I shall try and actively live it up; where I'll say good or crappy things about films, TV series, music, video games, events, or literature I have read... if this lazy-leech thing ever comes off of my brain, that is. 'Till then.

20110222

Politik.

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan buat kalian semua.

Tahukah anda sekarang ini musim apa? Ya, bagi sesetengah pelajar IPT, sekarang ini tidak lain tidak bukan merupakan musim pilihanraya bagi menentukan siapakah yang layang mengusung tanggungjawab sebagai wakil pelajar; yakni mereka yang dipertanggungjawabkan menjadi orang tengah para pelajar dengan pihak pentadbiran atasan sesebuah IPT. Jadi, sempena Hari Pilihanraya UiTM 2011 yang bakal menjelang beberapa jam lagi, saya, Prof. Iku Wanwan telah diberikan kepercayaan untuk menulis entri buat blog kesayangan pemilik blog ini, Iki.Ali bakal memberikan sedikit intipati tentang pendapat saya sendiri mengenai perkataan yang sudah tidak asing lagi  dengan istilah pilihanraya itu sendiri; POLITIK.

Merujuk kepada kamus on-line WordNet Web, politik didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengurusan sesebuah kerajaan atau negeri; tetapi bagi konteks IPT, hal ini hanya melibatkan pihak pentadbiran sesebuah institusi tersebut sahaja. 

Perkara ini... AHHH. Macam gampang jelah nak tulis skema-skema ni. Gua ni nama je profesor, tapi gua suka dengar Nightwish kot! OK-lah, ni teori politik macam apa yang otak gua dah muntahkan. Lu orang tau tak pasal istilah politeisme? Itu maknanya kepercayaan kat lebih dari satu tuhan kan? Lepas tu, lu orang taukan pasal kutu? Kutu pulak dalam Bahasa Inggeris tick. Bunyinya sama tak macam TIK dalam poliTIK? Kalau ikut teori gua, POLITIK tu maksudnya orang-orang yang gatal sangat nak tadbir sesuatu organisasi untuk kepentingan tertentu, yang diterbitkan daripada kesan yang kita rasa kalau kutu dah berkampung dalam kuantiti yang banyak. Lu orang pun sedia maklum pasal senario politik negara kita yang aman damai ni kan? Gua tau dasar aje, tapi yang pasti dah selalu sangat gua dengar pasal taktik politikus kita ni sebenarnya diorang dah dok peram dalam cirit diorang selama sebulan. Maknanya, kalau dah masuk taik bau apa yang keluar? Bau busuklah, semestinya! Apa yang wangi sangat dok dalam taik? Yang aku pelik tu, kalau kuasa dah ada, patutnya buatlah perubahan yang baik, yang tak menyusahkan orang lain. Ini tak... kau buat dajal, kau untung orang minoriti yang merana! Yelah, dah jadi bos, memang naik minyaklah sesiapa yang dapat pegang kuasa jadi ketua! Moolah pun masyuk je; dah kata orang atasan doh! Orang bawah nak buat apa je? Diorang nak melawan? Nazaklah!

Jadi, nasihat gua kat sini untuk lu semua, para mahasiswa sekalian (Oi, Iki.Ali! Kau jangan nak tidur! Kau pun kena ambik tahu!). Lu orang kena ingat sikit, lu orang yang nak tentukan masa depan fakulti lu orang. Lu kena fikir apa yang lu orang nak. Lu orang ada suara. Lu orang kena buat pilihan yang tepat. Lu orang kena kenal dengan kredibiliti setiap calon wakil pelajar tu; jangan dok makan suap manifesto diorang tu! Entah-entah dah macam tanam pedang di tepi bibir je apa diorang cakap tu. Lu orang ada otak, kan? Lu orang fikir masak-masak dulu... kalau lu orang rasa dia ni boleh buat kerja, dan yang penting boleh bawakkan perubahan yang baik yang semua orang boleh rasa sama-sama, sapu je mamat tu. Confirm diorang rasa dipercayai dan akan buat yang terbaik untuk korang.

OK-lah, ni Iki.Ali nak halau gua. Gua blah dulu. Jadi, ingat-ingatlah; kalau lu orang rasa diorang tu tak gatalkan kuasa dan mampu tahan gatal tu, undi ajelah. Kalau diorang tu pakai sapu je pos sebagai pemimpin sebab semata-mata nak scratcher yang boleh hilangkan gatal tu, tak payahlah. Buang tenaga korang je.   

P/S: Prinsip gua ni lu orang KENA apply jugak masa pilihanraya umum!

No comments: