...benda-benda yang kita mampu sentuh tu dulu kita patut selesaikan. Benda-benda yang dekat luar kawalan kita tu, biarlah dulu. Bukannya aku cakap suruh korang buat bodoh je dekat masalah yang berskala besar, tapi benda remeh-temeh macam waktu tidur yang tak ideal tu pun tak boleh selesai, belajar pun tak habis, assignment/homework tak siap, bil tak bayar, paip pecah tak repair, hutang tak langsaikan lagi, kutuk orang tak mintak maaf, harga gula-gula naik pun boleh kita buat bodoh, solat tak cukup, mencarut banyak; macam mana, kan? Ada hati nak berfikiran macam mana nak membela nasib negara, nak jatuhkan tirani pemimpin tapi diri sendiri masih tak terbela?
Sebenarnya, aku tulis entri ni untuk mengingatkan semua orang dan diri aku sendiri jugak pasal benda ni. Memang, aku rasa dia ke, parti dia ke, parti orang lain ke ada masalah politik, tapi setakat sebelum minggu-minggu yang membawa kepada peristiwa hari ni, aku rasa negara ni dah cukup aman sebenarnya. Tapi, memang cool/sedih bila aku dengar yang benda ni dapat liputan media antarabangsa. Memang matilah; sebab sekarang satu dunia dah tau yang negara kita ni agak teruk. Aku mula-mula sokong benda tu, tapi aku rasa baik aku tak payahlah nak sibuk sangat. Bila dah ditegur oleh orang yang dah masak dengan jiwa memberontak orang muda macam aku ni, baru aku sedar yang aku sebenarnya belum sampai lagi kapabiliti nak berimpian skala besar, sebab ilmu, pengalaman dan pemikiran aku masih lagi cetek dalam hal-hal macam ni. Lebih baiklah aku jangan cari pasal kalau tak tau apa-apa, ya tak? Lagipun, aku dah banyak kali nak konon-konon sokong in spirit je benda-benda macam ni, tapi aku rasa diorang pun ada kepentingan politik/diri masing-masing. Dahlah, aku malas nak sentuh dan tak reti nak sentuh dalam-dalam, sebab yang aku kenal dasar je.
OK-lah, sampai sini je bebelan aku. Sebelum aku blah, ni aku quote diri sendiri lagi ni (ke ada orang lain yang pernah cakap benda ni... entahlah, aku kurang pasti):
Kalau tak boleh selesaikan hal besar, selesaikan hal kecik dulu. Kita ni manusia je; bukan tuhan.
OK, bye.
4 comments:
SETUJU LAGI...
iki is back !
akhirnya menulis panjang2 dan bukan lirik lagu.
ah ha ! betulkan waktu tidur bukannya ber.FB.
fuwah. gila anticipating comeback aku!
ni nak touching ni! :')
ilham banyak pulak tetiba. haha.
Post a Comment