This LIFE is semi-retired.

Hi! I'm updating this space to tell you guys that this second, seemingly, kinda, sort of unsuccessful attempt at deeply documenting my thoughts I call a blog will now be semi-retired. Facebook status updates and tweeting are a lot easier these days to blab about things like my views on life, society, and current events. Blogging, however, takes a little bit of thought. Heck, even THIS pinned post takes a while to be typed too.

The NARNIA division, however, I shall try and actively live it up; where I'll say good or crappy things about films, TV series, music, video games, events, or literature I have read... if this lazy-leech thing ever comes off of my brain, that is. 'Till then.

20110710

Jiwa muda.

Orang muda
Tak ada yang dapat diduga
Orang muda
Masa depan di tangan mereka
Tak selamanya muda
Tak semuda
Dah namanya muda
Akan mati juga
- Noh Salleh
"Obsesi" oleh Hujan

Betul jugak apa mamat ni cakap. Tak ada orang dapat agak jiwa muda ni macam mana. Aku ni, sebagai orang (yang agak) muda, rasanya boleh terima pernyataan yang diutarakan Noh. Orang muda ni memang penuh dengan semangat dan rasa ingin cuba/tahu yang sangat kuat. Sebab tu, dekat mana-mana pelosok dunia pun (termasuk negara yang kita duduk ni), kita akan nampak orang mudalah yang menggerakkan benda-benda yang statik dan mengisi kontena-kontena yang kosong.

Contohnya, yang paling dekat, peristiwa 9 Julai tu lah; aku rasa ramai lagi orang muda yang datang daripada pak cik mak cik yang dah berumur. Depe kalau dah kena tolak kepala, dia belasah orang tu balik. Pantang oh! Itu yang kita boleh nampak depe melepaskan geram tu; dengan join rally macam tu. Dekat bangunan-bangunan awam pulak, depe pantang nampak dinding kosong; jadi depe pun conteng graffiti yang nampak amatur, profesional, kebudak-budakan atau yang tak masuk akal untuk meluahkan perasaan atau apa yang difikirkan menerusi seni perkataan yang visualistik tu ... sebab depe confirm tak ada orang yang nak dengar cakap depe sebab "Orang muda mana tau apa-apa. Mentah lagi." Dalam karya penulisan pun akan berlaku benda yang lebih kurang sama macam seni graffiti, cuma boleh letak ayat panjang-panjang sikitlah supaya mesej lebih jelas. Benda ni boleh nampak dalam penerbitan-penerbitan independent dan blog.

Tapi kadang-kadang, orang muda ni suka kelam tak pasal-pasal. Kadang-kadang orang tua tegur dia mungkin sebab langkah dia ambik untuk melepaskan perasaan tu memang memudaratkan. Hah, lepas tu kalau dah kronik sangat, penuhlah club ke, tepi jalan ke, pusat serenti ke, sebab tak boleh terima teguran.

Point aku dekat sini adalah... untuk kita memberontak, bagilah adrenalin korang tu lalu di landasan yang betul. Dalam banyak-banyak contoh aku bagi tu, aku rasa menulis lebih baik bagi orang muda yang masih lagi tak masak lagi mental dan fizikal nak pergi berjuang habis-habisan. Yelah, kalau mati muda bila berjuang di 'medan perang' tu, siapalah yang nak menerajui masa depan negara, kan? Nak harapkan orang-orang tua tu, maaf cakaplah; depe memang ada pengalaman yang banyak dalam bidang masing-masing, tapi depe pun nak rehat jugak. Nak nak memang depe ada potensi yang lebih tinggi untuk dipanggil olehNya bila-bila masa je. Tapi benda tu tak confirm jugak, sebab ramai jugak yang mati muda sebab ajal dah sampai. Itu belakang kira. Sekarang ni, aku rasa korang dah faham dah apa kena buat; nak buat apa-apa benda, kena rasional. Jangan bertindak melulu. Kita orang muda. Patutnya kita lebih cool.

P/S: KL Gangster memang sah antara pengaliran darah muda yang paling epik pernah aku tengok. Tahniah, Syamsul Yusuf! Memang puas jiwa memberontak aku! :D

Kena review cerita ni sebagai assignment! :D

No comments: