This LIFE is semi-retired.

Hi! I'm updating this space to tell you guys that this second, seemingly, kinda, sort of unsuccessful attempt at deeply documenting my thoughts I call a blog will now be semi-retired. Facebook status updates and tweeting are a lot easier these days to blab about things like my views on life, society, and current events. Blogging, however, takes a little bit of thought. Heck, even THIS pinned post takes a while to be typed too.

The NARNIA division, however, I shall try and actively live it up; where I'll say good or crappy things about films, TV series, music, video games, events, or literature I have read... if this lazy-leech thing ever comes off of my brain, that is. 'Till then.

20110507

Sebuah fiksi yang bukan fiksional.

Aduh.

Tahukah korang bahawa aku hanya akan menulis cerita fiksi/karya sastera kalau diarahkan saja? Kalau tak diarahkan, haram tak jalan. Sungguh, aku rasa gila menyedihkan sebab walaupun aku ni bergelar seorang pelajar penulisan kreatif, karya kreatif yang aku pernah buat pun hanyalah untuk tugasan yang diberikan, tidaklah tulus dari hati sepenuhnya. Karya-karya kreatif yang aku rancang sendiri pulak selalunya akan terkandas di tengah jalan. Nak tulis cerita hambar dan bodoh-bodoh atas buah fikiran asli aku sendiri yang menghiburkan mahupun buat orang berfikir pun susah. Nak buat metafora sendiri, haram tak jadi. Kalau pakai Google Translator yang terjemahkan sebijik-sebijik perkataan aku tu pun rasanya tak mungkin dapat ditafsirkan dengan betul. Pak Samad, si Sasterawan Negara tu pun garu janggut cuba nak fahamkan. Secara jujurnya, aku rasa cemburu dengan kawan-kawan aku yang ada kebolehan semacam itu walaupun cerita tu agak bodoh.

Walaupun aku kuat berangan dan selalu hidup dalam dunia aku sendiri, adalah sangat susah bagi aku untuk dapatkan sebuah karya kreatif yang asli dan boleh menarik perhatian pembaca dan aku sendiri. Tulisan-tulisan dekat blog aku ni pulak semuanya diinspirasikan daripada apa yang aku fikirkan, apa yang aku perhatikan, dan apa yang aku rasakan di dunia realiti. Aku rasa 'sumpahan tak boleh tipu' tu masih ada kesanlah sampai sekarang; sebab tu aku jarang letakkan karya-karya kreatif 100% aku punya dekat akaun-akaun sosial aku.

Aku ingat lagi kata-kata seorang pensyarah aku semester lepas masa hari pertama kuliah kelas dia. Dia ada tanya sama ada ada tak pelajar-pelajar kelas dia ada karya sastera masing-masing. Ramai jugak yang angkat tangan. Aku tunduk je malu. Lepas tu, tak ingat siapa yang cakap, ada orang jerit "Blog kira tak, prof?" Pensyarah tu cakap apa tau; dia cakap "Blog tak dikira sebagai karya sasteralah, sayang". Mungkin betul apa yang dia cakap tu, tapi bukan ke cara penyampaian sesebuah karya tu dikira sebagai kreativiti; tak kiralah berlandaskan duniawi atau khayalan semata-mata? Yang aku lagi musykil tu, bahan-bahan akademik dan ilmiah tu dia golongkan sebagai sastera pulak. Aku setuju dengan pendapat tu, sebab bagi aku, karya-karya tu, walaupun banyak menyentuh benda yang sama, tapi kita boleh nampak perbezaan aliran pemikiran dan gaya penyampaian setiap fakta dalam buku tu. Kita boleh nampak yang seseorang penulis tu lain cara dia nampak satu benda tu. Itu pun dah kira kreativiti dah; dia nak orang fahamkan fakta dari perspektif yang berbeza-beza supaya kita boleh faham pasal sesuatu subjek tu. Tapi, kenapa blog diketepikan? Apa, sebab blog ni media zaman baru di alam teknologi yang serba kuat menipu ni? Bukan semua orang menipu la cik ooi! Blog ni, bila kita tengok tujuan satu-satu blog tu diwujudkan, adalah untuk berkongsi tentang pengalaman dan aliran fikiran si penulis blog tu. Dan apa yang kita baca tu selalunya lain daripada biasa, kan? Selalunya penulis blog ni orang biasa je, tapi apa yang diorang lalui atau konon-konon lalui tu seronok dibaca. Sebab apa? Kita pun orang biasa, jadi kita pun mampu nak... relate dengan segala situasi tu. Penyampaian dia pulak bergantung kepada individu yang menulis tu. Itulah kreativiti bagi aku.

Jadi, natijahnya... aku nak jugak realisasikan satu karya kreatif/sastera/fiksi/apa-apalah yang korang panggil yang tulus dari hati aku ni satu hari nanti.

No comments: