This LIFE is semi-retired.

Hi! I'm updating this space to tell you guys that this second, seemingly, kinda, sort of unsuccessful attempt at deeply documenting my thoughts I call a blog will now be semi-retired. Facebook status updates and tweeting are a lot easier these days to blab about things like my views on life, society, and current events. Blogging, however, takes a little bit of thought. Heck, even THIS pinned post takes a while to be typed too.

The NARNIA division, however, I shall try and actively live it up; where I'll say good or crappy things about films, TV series, music, video games, events, or literature I have read... if this lazy-leech thing ever comes off of my brain, that is. 'Till then.

20110306

Mencarut itu penting.

Mintak maaflah kalau apa gua cakap ni tak masuk akal, tapi gua kena cakap. Mencarut sebenarnya ada banyak fungsinya. Lu orang boleh nampak fungsi mencarut bila...
  1. ...lu dah penat-penat buat persediaan untuk sesuatu perkara tu gila babun, dan-dan sebenarnya benda tu tak pernah/takkan/lambat lagi nak berlaku.
  2. ...lu kena musibah masa lu tengah gila kelam.
  3. ...hidup lu tak habis-habis ada je benda sial datang/jadi kat lu hampir setiap masa.
  4. ...lu yang orang ingat sentiasa periang sebenarnya boleh tersentap, dan mencarut boleh menjadi alibi yang mengatakan lu memang tengah bengang tahap Dajjal laknatullah masa tu.
  5. ...lu memang tengah marah, lepas tu ada pulak orang kacau lu masa lu tengah marah.
  6. ...lu tak puas hati pasal ke-kurang seimbang-an sistem dunia yang sesuka hati manusia nak eksploit bila dah nampak loophole.
  7. ...lu tak cukup tidur, lepas tu lu mencarut untuk kurangkan tensi lu yang susah sangat nak cari masa yang sesuai untuk tidur (tapi, ni gua punya caralah... tak tau lu orang punya macam mana).
Sebenarnya, kita tak perlu pun mencarut bila benda dah jadi. Sebenarnya boleh je nak tukar rating mulut lu jadi PG instead of 18PL dengan menggantikan perkataan yang kurang senonoh tu dengan perkataan sinonim yang lebih sopan, atau pun sebut je kalimat-kalimat suci dan indah. Tapi, bila jiwa dah memberontak, takkan lu nak terus duduk diam jadi baik? Mencarut tu menunjukkan attitude, menunjukkan yang lu tengah serius! Kalau dah berapi sangat, marakkan je api tu! Mencarut sepuas-puasnya! Tapi, banyak sangat mencarut pun tak boleh; nanti nampak tak matang, ye tak? Sebenarnya, macam gua cakap tadi, tak payah pun nak mencarut. Iman tu je kena kuat; banyakkan sabar.

Sebelum gua dok ulang-ulang point gua, baik gua blah dulu. Lu nak ambik ni sebagai coretan boleh, sebagai carutan pun boleh. Gua KISAH.

Sekian.

2 comments:

Aimi Amira said...

hari ni aku baca 2 post mengenai kepentingan mencarut. aku terlepas pandang ada kempen mencarut diadakan ke, heeh

I.A. said...

oh? ada lagi satu entri orang lain buat ke? haha.