Ceh, patut yang ni jadi pos pertama kat blog aku ni... ni dah berapa ratus baru nak letak ni?
Eh, jap... dulu nama blog kejadah ni lain, kan? Sepatutnya, konon-konon Blogger aku ni macam kesinambungan blog lama aku kat LiveJournal tulah; tapi bila tengok dua tiga kali... KEPALA HOTAK AKU! Macam bodoh jelah aku tengok LJ aku tu... gila kurang menarik aku tengok. Terlampau over-enthusiastic orang cakap. Haha... budak kecik baru nak belajar menarilah katakan... kenalah over, ye tak? Jadi, biarlah blog yang sekarang ni jadi kisah lain yang boleh dikatakan tak kena-mengena langsung dengan blog yang lama tu (kalau ada kaitan pun, mungkin sikit je aku rasa).
Sempoi jugak nama blog aku yang sekarang ni. Sebabnya memang betul pernyataan tu; aku MEMANG makan banyak! Sebab apa? Macam-macam dah aku simpan dalam perut aku ni; ada ayam, ada tempoyak, ada ikan patin, ada Cheezy Wedges, ada segala bagai. Hampir semua benda yang ada dekat keliling aku tersimpan dalam perut aku yang saiz dia lagi epik daripada external hard drive yang besarnya 1 terabyte. Tabiat aku yang sesetengah orang cakap kurang sihat tu aku rasa adalah jugak mencerminkan apa-apa yang aku dah tulis dalam benda alah ni. Bersepah-sepah ceritalah, teori buat sendirilah, pendapatlah, diari untuk orang ramailah; (hampir) semua benda ada aku taip... walaupun tak cukup mantap isi dia. Aku cuma nak bagi tau apa yang orang kena tau je. Ini semua pendapat aku. Ini otak aku. Inilah cara macam mana aku tengok hidup ni... dan macam nilah aku cuba nak hidup.
Aku tau, pendapat-pendapat dengan kritikan membunuh dan membina daripada orang sekeliling aku tu penting. Aku ambik jugak sikit-sikit semua tu untuk aku apply dalam hidup aku... dalam apa-apa jelah yang aku tengah dan akan buat. Kalau aku tak sama macam korang, jangan nak serang aku suka-suka. Taukan apa tu individualiti? Itu maknanya masing-masing berhak nak tunjukkan diri sebenar masing-masing dengan apa-apa cara sekali pun. Tak payahlah nak down-kan orang tu doh. Tapi, nak kata biarkan orang tu jadi macam gampang memanjang pun tak elok jugak, kan? Sekali-sekala kita kenalah ingatkan diri masing-masing. Yelah, mana ada benda yang sempurna. Contohnya macam Katy Perry; memang aku approve hotness dia, tapi suara dia aku kurang berkenan sikit. Ni entah relevan ke tak contoh yang aku bagi ni... tapi, korang fahamlah kan?
Kesimpulannya, apa yang aku cuba nak cakap kat sini (lepas berjela-jela aku menaip pasal diri aku yang tak awesome ni), aku makan memang banyak. Semua sumber 'makanan' aku datang daripada pelbagai sudut. Aku nak tukarkan zat-zat makanan tu jadi nutrien ke, aku nak simpankan dalam perut aku buat lemak ke, aku nak muntahkan balik ke, aku nak jilat balik makanan yang aku dah muntahkan ke, tu aku punya suka. Kalau korang faham aku macam mana, baguslah. Kalau nak faham aku ni, takde hal... aku boleh je nak berkongsi (tapi slow sikitlah aku ni kadang-kadang). Kalau nak pulaukan aku, kau punya sukalah. Kalau korang nak kita berkawan, kalau aku ni macam kurang menyenangkan, aku boleh je adapt dengan korang, tapi aku tetap aku. Tapi kalau benda tu aku bajet macamlah benda tu sebahagian daripada aku tapi sebenarnya menyusahkan orang, aku boleh je berubah. Tapi kalau kau tak tau apa-apa, lepas tu taknak pun ambik tau pasal apa-apa, apa-apalah. Malaslah aku nak layan orang yang bontot berat sangat nak layan aku. Aku boleh je hidup dengan aman tanpa korang. :)
P/S: Entri ni khas untuk orang yang kena mengena/tak kena mengena dengan aku... secara langsung atau tak langsung. Siapa punya boxer tempah yang hilang, dia yang menangis.
No comments:
Post a Comment