Excited gila si Aloy Paradoks ni! =.=" |
Gila. Aku pergi tengok notifikasi aku kat laman buku muka (BUKU MUKA YA! BUKAN MUKA BUKU! Dear Najwa Latiff, nak terjemahkan Bahasa Inggeris biar tepat, ye?), lepas tu terkejut aku tengok si Aloy Paradoks ni dok mengulang-ulang komennya (siap mention nama aku jugak tu!). Tak mungkin dia akan copy-paste banyak kali macam tu, kalau tak mesti pengulangan nama aku yang seterusnya tak jadi warna biru.
Excited dan berterima kasih sungguh bro ni sebab aku datang menonton Teater Juta-Juta dia tu tempoh hari. Aku ingat nak buat entri biasa je untuk nak menunjukkan betapa bataknya mamat ni, tapi, bila aku bukak blog dia (sebenarnya, aku just nak link URL blog dia kat nama dia dalam entri ni dan entri ni patut takat perenggan kat atas tu je), aku ada ternampak entri terbaru dia, di mana dia ada cakap macam ni:
Pada persembahan matinee Teater Juta-Juta ini sebenarnya bilangan audience yang sepatutnya hadir adalah ramai dari apa yang tercatat di buku rekod tempahan. Tapi mungkin kebanyakan akhirnya tersesat atau mungkin juga terpesona dengan keindahkan seni reka bangunan dan Putrajaya. Asyik mengambil gambar hingga akhirnya terlepas waktu pementasan. Mungkin benar.
Rata-rata dari proses pencerapan dan juga temuduga (berborak), aku dapati 90% dari audience adalah merupakan crowd teater sekitar Lembah Kelang. Mereka ini yang menonton persembahan sama dan persembahan lain di Stor Teater dulu, mereka yang plan nak datang musim pertama tapi tak sempat, mereka yang dulu datang tapi tak tempah, dan akhirnya tak dapat masuk sebab penuh, dan mereka yang selama ini tahu kami buat teater tapi tak pernah datang.
Jadi penggemar teater di sekitar Lembah Kelang, adalah tergolong dalam mereka-mereka yang setia pada aku. Dan memang dari awal aku dah duga, mereka-mereka ini jugalah yang akan datang. Cuma aku tak terlalu menyangka bahawa sambutan orang Putrajaya tersangat dingin. Tapi aku percaya jika dengan promosi yang tepat digerakkan di tempat mereka, mereka akan sedar dan hadir menyaksikannya.
Aww! Rileks je bro! Selagi mampu, aku akan terus menyokong usaha murni golongan macam korang ni yang masih cuba menghidupkan seni di era touch device macam sekarang ni. Teruskan je apa korang buat! Buat sampai orang suka dan betul-betul menghargainya! Buat je taktik sama yang Barat pakai; terus-terusan memperdengarkan sampah-sampah di radio kat khalayak ramai seluruh dunia sampailah semua orang boleh terima benda tu dan berani katakan bahawa muzik clubbing yang bertemakan seks dan alkohol tu sudah menjadi norma kehidupan dan begitu sedap disiulkan biarpun maksud lagu-lagu macam tu boleh memporak-perandakan tamadun manusia! Barulah aku faham kenapa dia ni excited betul asyik dok mengulang komennya dekat gambar aku tu. Baru nak cakap dia annoying. Tapi, lecturer aku Fikri J pernah cakap macam ni; "repetition creates meaning." Judging by the pattern, aku rasa aku faham apa maksud dia.
Salut sekali lagi buat bro Aloy Paradoks, Fasyali Fadzly, Fazleena Hishamuddin, Anas Ridzuan, dan geng-geng Teater Juta-Juta yang lain kerana memberikan alternatif yang fresh bagi dunia seni tempatan!
No comments:
Post a Comment