This LIFE is semi-retired.

Hi! I'm updating this space to tell you guys that this second, seemingly, kinda, sort of unsuccessful attempt at deeply documenting my thoughts I call a blog will now be semi-retired. Facebook status updates and tweeting are a lot easier these days to blab about things like my views on life, society, and current events. Blogging, however, takes a little bit of thought. Heck, even THIS pinned post takes a while to be typed too.

The NARNIA division, however, I shall try and actively live it up; where I'll say good or crappy things about films, TV series, music, video games, events, or literature I have read... if this lazy-leech thing ever comes off of my brain, that is. 'Till then.

20111104

Kalaulah dari kecik lagi aku dah ada blog...

Mesti seronok. Dapatlah aku kejar progress kematangan aku dari semasa ke semasa. Boleh jugak aku gelakkan kaw-kaw betapa kurang matangnya pemikiran aku masa kecik, dan merindui betapa kreatif dan gilanya otak seorang kanak-kanak Ribena macam aku dulu. Aku rasa masa kecik dulu, macam-macam benda aku dah cipta dan musnahkan, tapi aku ingat-ingat lupa apa dia benda-benda tu. Kalaulah benda tu aku keep track, rasanya bolehlah aku jadikan benda-benda tu sebagai blueprint aku untuk aku terus jadi orang yang lebih baik dari sekarang dan boleh buat macam-macam benda lagi yang sangat awesome.

Aku rasa aku ada cuba nak buat satu entri blog tau dulu masa kakak aku kaki betul blogging ni, tapi aku give up sebab aku tak reti nak terangkan apa aku buat dalam hidup aku; aku ingat lagi, masa tu aku tengah kaki The Sims, jadi aku nak bagitau satu dunia yang aku tengah syok gila dekat game tu masa tu, tapi terus tak jadi. Dan aku rasa macam bodoh je bagitau apa aku buat dekat orang lain. Macam orang tak ada kerja je. Tapi bila fikir balik, bila aku buat blog, aku dapat tau diri aku ni macam mana. Aku mampu ukur apa kelemahan dan kekurangan dalam diri aku.

Aku mula serius nak blogging bila kakak aku ajak aku kaw-kaw buat LiveJournal masa aku PMR rasanya. Aku pun berkeputusan nak buat jugak, sebab entah kenapa masa tu aku suka betul menulis. Jadi, banyaklah aku merapu pasal hari-hari sekolah aku dan kehidupan harian aku. Ada yang seronok, adalah jugak yang tak. Tapi, ada jugak yang aku tak payah pun nak bagi tau, tapi aku bagitau jugak. Too much information omputih cakap. Semakin masa berlalu, aku rasa macam pointless nak bagi tau SEMUA benda pasal aku. Lama-lama tu, aku dapatlah jugak kawal diri aku, dan aku hanya akan pos benda-benda yang bagi kepuasan kat aku; macamlah entri ni.

Tulah... tiba-tiba benda ni terlintas kat otak aku. Sebelum aku lupa, baik aku taip. Sebab aku rasa tajuk ni seronok untuk dikupas. :P

2 comments:

Anonymous said...

yeah!

Iki Ali said...

reveal yourself anonymous. tampaq kang. :P