This LIFE is semi-retired.

Hi! I'm updating this space to tell you guys that this second, seemingly, kinda, sort of unsuccessful attempt at deeply documenting my thoughts I call a blog will now be semi-retired. Facebook status updates and tweeting are a lot easier these days to blab about things like my views on life, society, and current events. Blogging, however, takes a little bit of thought. Heck, even THIS pinned post takes a while to be typed too.

The NARNIA division, however, I shall try and actively live it up; where I'll say good or crappy things about films, TV series, music, video games, events, or literature I have read... if this lazy-leech thing ever comes off of my brain, that is. 'Till then.

20111023

Bercakap dengan orang itu seronok.


Hai.

Sejak aku tak lagi bergelar sebagai seorang pelajar buat sementara waktu ni, dan semenjak aku berpijak dekat rumah ayahanda tercinta di Putrajaya ni, aku rasa keseorangan. Betul. Sangat keseorangan. Mana taknya, bilik aku ni betul-betul serupa kotak; in fact, kotak pun ada banyak dalam bilik aku ni! Bapak aku jenis manusia yang hanya layan aku bila ada motif yang kukuh. Manusia lagi sorang tu pulak, bercakap memang tak mahu. Satu-satunya masa aku akan dengar dia bercakap ialah masa aku buat silap. Hari tu, aku dah seronok dah dengar kakak aku balik KL sat sebab nak lepak dengan kawan dia yang jugak merupakan kawan aku. Tapi, atas dasar menghormati wallet aku yang nekad nak berpuasa dan ditambah pulak dengan keberatan bontot yang melebihi berat badan orang yang obesiti, terpaksalah aku hormat dia. Dia kan geng aku, dia pun penat. Aku faham.

Ada PS2 dekat sebelah tilam pun, tak ada semangat istiqamah pulak aku dalam nak menghabiskan salah satu game yang aku asyik ulang balik dari mula walaupun tak pernah habis main. Lepas tu, bila aku menghadap Facebook pulak, biarpun aku ada jugak sekali-sekala borak dengan kakak aku dan kawan-kawan aku yang masing-masing bongok belaka, aku susah nak rasa happy sebab masing-masing nampaknya dah jumpa sesuatu untuk diisi semasa waktu yang sepatutnya digunakan untuk tidur dalam masa cuti yang agak panjang ni. Masing-masing ada hal masing-masing dan melayan diri masing-masing. Aku keluar hampir setiap hari ke Alamanda pun, biarpun ditemani hiruk-pikuk manusia dan bunyi-bunyian playlist MP3 aku yang aku occasionally update, ditambah lagi dengan keindahan makanan yang pelbagai rupa, aroma, rasa, dan harga, aku masih rasa keseorangan. Aku mula rindu nak cakap dengan manusia secara terus.

Jadi, aku betul-betul seronok bila aku dengar ada event macam Malam Seni CASA minggu lepas wujud, sebab bolehlah aku borak balik dengan orang-orang yang aku rasa boleh bagi hati aku tersenyum; yalah, geng dah ada. Mana taknya, aku rindu dengar repekan dan cerita-cerita si otak-otak gila bongok, kasar, lucah dan berwarna-warni orang macam depe ni semua yang pernah bersama dengan aku. Selain depe ni, bercakap dengan orang random; total stranger yang like-minded jugak sangat seronok. Ada jugak orang macam ni hari tu. :)

Muka-muka aku, monyet 9Belas dan seorang guest star yang aku cakap tu. Ada lagi sebenarnya orang best, tapi ni je yang tertangkap.
Kredit gambar: fairuz PHOTOGRAPHY

Sekarang, adik aku pulak bertandang dekat rumah Putrajaya ni buat sementara waktu. Lepas exam dia habis, aku akan ada roommate semula.

Ahh, seronoknya bercakap dengan manusia depan mata; barulah rasa otak tu dapat berkembang pesat. :3

P/S: Aku rasa entri hanya akan wujud dalam blog aku yang agak bersawang ni bila aku dapat berjumpa dengan manusia yang nak berinteraksi dengan aku secara sedar atau tak sedar.

5 comments:

Akemi Siegel said...

Untung rumah dekat, takda masalah nak jumpa bila-bila masa pun boleh. Ngehehe.

The Iki.Ali said...

gila kau dekat. aku kat Putrajaya ah skarang; aku datang naik kereta bapak aku, dia drop aku kat Pejabat Pos Besar Shah Alam, naik bas dari sana ke Puncak, lepas tu stay kat rumah EZ sampaaaai lah Malam Seni CASA start.

a rough journey, but it's worth it. :'D

Leo "Ricky" Huzair said...

aku br realize ko manusia...sekian

Aimi Rosli said...

rasanya benda paling menarik untuk kau malam tu ialah jumpa total stranger yang like-minded --siap jalan sama sampai balik. haha.

The Iki.Ali said...

Leo: cehh.

Aimi: tau takpe. pawe gila kot dia. oh, dia part time lecturer kot kat Puncak Perdana; dia ajaq animation.